Tanjong Karang

Damai Suasana Menghijau Alunan
Angin Desa Yang Mendamaikan 
Padi Menghijau Di Bendangan
Pak Tani Berkeringat Mencari Rezeki Tuhan
Pecal Sedap Menjadi Bekalan

Sawah Sempadan

Tanjong Karang atau kadang-kadang dieja Tanjung Karang adalah sebuah kawasan dan pekan penanaman padi yang terletak di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. 

Antara kawasan tersebut adalah Sawah Sempadan. Ia merupakan kawasan jelapang padi kedua terbesar di Malaysia selepas negeri Kedah. 

Pekan Tanjong Karang dibahagikan oleh Sungai Tengi di tengah-tengah dan dihubungkan dengan jambatan. Tanjong Karang telah dipecahkan kepada dua mukim iaitu Mukim Tanjong Karang 1 dan Mukim Tanjong Karang 2.

Kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan kampung dan menjalankan aktiviti pertanian, terutamanya penanaman padi.

Puisi Bendang

Indah sekali pesona alam
Dibanjiri warna hijau mendamaikan
Padi-padi mulai merunduk
Menyejukkan hati
Pak petani tak kenal lelah
Mencangkul, menanam dan memanen
Gembira sorak yang mereka katakanĀ 

Hamparan hijau yang luas terbentang
Titisan butiran embun yang sejuk
Menghias dan melekat
Kilau mutiara terbiaskan
Inilah suasana alam di Sawah Sempadan
Matapun terasa manja oleh keindahan
Terpaku tak pernah lelah menatapkan